Saturday, June 5, 2010

Peristiwa Mavi Marmara Membuka Mata Dunia

Sabtu, 05/06/2010 – Sewajarnya Kita menyatakan terimakasih kepada pihak pengendali dan peserta konvoi Armada Kebebasan (Freedom Flotilla). Mereka telah membangunkan lena panjang kita. Mereka mengingatkan kita tentang Semenanjung Gaza dan kekejaman Zionis dengan sekatan dan kurungan ‘penjara besar’ dalam keadaan kebanyakan kita melupakan isu ini kerana manipulasi berita selama tiga tahun sejak awal sekatan. Aksi berani peserta konvoi Kebebasan sekurang-kurangnya membongkar kebejatan sekatan yang berlaku melalui tajuk utama media di seluruh dunia. Pada ketika yang sama membongkar sikap negatif media rasmi Arab yang jelas bersekongkol menyokong sekatan terhadap Semenanjung Gaza. Merekalah yang menutup pintu masuk Semenanjung Gaza di Rafah dan memusnahkan terowong serta membina tembok besi untuk memutuskan bantuan ke wilayah tersebut.

Tindakan Arab jelas amat memalukan. Selama tiga tahun terakhir, sekatan Zionis dianggap sebagai perkara biasa yang boleh diterima dan bukan suatu yang pelik.Bahkan negara-negara Arab melihat pemberian bantuan kepada warga Semenanjung Gaza sebagai tindakan yang patut didakwa di mahkamah. Bahkan warga Palestin yang melakukan pelanggaran sekatan dianggap melakukan jenayah yang wajar dibawa ke mahkamah tentera. Sebagaimana yang dialami oleh Ustaz Majdi Husai yang terpenjara selama tiga tahun kerana memberikan sokongan dan dokongan kepada warga Palestin.

No comments:

Post a Comment

Adakah Blog Ini Membosankan..?