Saturday, June 19, 2010


Khamis, 17/06/2010 – Kapal sukarelawan telah bersiap sekarang dan sedia untuk bergerak “sesegera mungkin” dari Lubanon ke Semenanjung Gaza dengan membawa para sukarelawan wanita, dalam masa yang sama memprotes sekatan yang dilakukan Zionis Israel terhadap wilayah yang dihuni satu setengah juta manusia tersebut. Demikian pernyataan koordinator jawatankuasa sukarelawan, Samer al Haj.

Al Haj mengatakan bahwa inisiatif kapal bantuan kemanusiaan tersebut terdiri daripada para wanita awam yang yakin terhadap pembebasan sekatan. Mereka akan ikut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ini atas nama pribadi.

Al Haj menambahkan, “Kapal dengan nama MARYAM ini akan bergerak dari Lubanon ke Semenanjung Gaza sesegera mungkin. Bahkan dalam waktu yang sangat dekat ini,”

Khamis, 17/06/2010 – Saeed Ahmed dirempuh dengan sebuah jip tentera pada hari Selasa pagi di Hebron. Mangsa dibawa ke hospital di penempatan Israel yang berhampiran kerana mengalami kecederaan namun tidak begitu parah.

Kejadian berlaku selepas tentera Israel mengambil alih kawasan itu dan melakukan operasi mencari rumah lelaki bersenjata yang menyerang penempatan polis Israel dan menyebabkan kematian seorang pegawai mereka.

Kerajaan Turki bekukan hubungan dengan Zionis


Jumaat, 18/06/2010 – Dalam satu akhbar harian Turki, kerajaan Turki akan menghentikan kerjasama ketenteraan dan membekukan hubungan diplomatik. Sebelum ini Turki telah memanggil pulang duta besar mereka selepas serangan Zionis ke atas flotila keamanan. Kerajaan Turki juga sedang merangka plan bagi hubungan masa depan Zionis Israel dengan Turki.

Kerajaan Turki telah mengambil beberapa langkah termasuk keputusan ketenteraan, hubungan diplomatik dan tekanan politik terhadap Zionis Israel.

Monday, June 14, 2010

Obama mahu Israel beri kerjasama


Sabtu, 12/06/2010 – Presiden AS, Barack Obama meminta Israel bekerjasama dengan semua pihak bagi mencari penyelesaian di Gaza disamping mengumumkan Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan baru berjumlah $ 400 juta untuk Palestin.

Ketika majlis pertemuan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Obama menyeru Israel agar menghentikan kegiatan pembukaan penempatan baru di tanah Palestin bagi mengelakkan tindakan yang boleh mencetuskan konfrontasi.

Abbas melawat Rumah Putih di tengah-tengah reaksi antarabangsa terhadap Israel selepas pasukan komandonya menyerang kapal bantuan Turki ketika menuju Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas pada 31 Mei lalu. Sembilan warga Turki maut.

"Hak" Israel untuk mempertahankan diri.


Jumaat, 11/06/2010 – Sejak awal lagi pihak rejim Israel telah menjalankan dasar-penggera palsu. Sejak berkurun –kurun Rejim Israel telah menggunakan taktik yang sama untuk mengaburi mata rakyat bahawa bangsa mereka sendiri adalah korban pencerobohan. Semua berita utama media dan media massa telah mengambil jalur yang sama. “Israel adalah mangsa”, sebagai berita utama mereka. Sejak kebelakangan ini, banyak contoh-contoh yang di perkatakan lebih daripada sebelum ini.

Israel telah membenarkan serangan dan perang bermati-matian terhadap Palestin dan Arab dalam hal hak mereka untuk membela diri. Berikut adalah beberapa mesej yang kita dengar daripada orang-orang Israel berulang-ulang kali :

“Kita dikelilingi oleh orang Arab.”

“Kami dikelilingi oleh pengganas.”

“Kita hidup di daerah yang sukar dari Timur Tengah.”

“Kami sedang berjuang untuk berada di tempat kewujudan kita .”

“Nuklear kami adalah untuk tujuan perlindungan.”

“Pengepungan Gaza merupakan betul dari segi undang-undang bertujuan untuk menghentikan serangan roket.”

“Penempatan adalah cara undang-undang untuk melindungi Identiti Yahudi kita.”

Setiap penonton di seluruh dunia yang hanya mendengar akuan ini mungkin percaya apa yang mereka dengar. Hal yang biasa bagi setiap tubuh dan semua orang untuk mencari keselamatan dan keamanan sebagai keperluan asas. Orang-orang di seluruh dunia dan khususnya di Amerika, yang merupakan penyokong utama Israel, akan percaya dan yakin. Selama mana rekaan ini diwujudkan oleh media-media dan bergema di institusi terkemuka, bahawa Israel akan terus menentang undang-undang antarabangsa dan piagam kemanusiaan. Lebih banyak lagi hak asasi manusia yang akan di cerobohi @ di langgar.

Kapal Yahudi siap untuk belayar ke Gaza


Jumaat, 11/06/2010 – Di sebuah pelabuhan yang tidak didedahkan namanya di Mediterranean, terdapat sebuah kapal kecil yang menanti untuk misi khusus. Kapal ini akan belayar ke Gaza. Untuk mengelakkan sabotaj, tarikh yang tepat dan nama pelabuhan berlepas akan diumumkan hanya beberapa saat sebelum pelancaran nya.

“Matlamat kami adalah untuk menamatkan pengepungan Gaza. Perahu kami kecil,

jadi sumbangan kami hanya boleh menjadi suatu yang simbolik: kami membawa beg sekolah, diisi dengan sumbangan dari anak-anak sekolah Jerman, alat muzik dan seni bahan. Untuk perkhidmatan perubatan kamimembawa ubat-ubatan penting dan peralatan perubatan kecil, dan untuk nelayan kita menyediakan peralatan seperti jaring. Kami ingin menyumbang untuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kesihatan mental di Gaza.

”Serangan terhadap Freedom Flotilla membuktikan kepada dunia akan kekejaman Isreal. Walaubagaimanapun saya pasti bahawa terdapat banyak lagi warga Israel lain yang berkempen dengan penuh keberanian dan kasih sayang untuk keadilan dan keamanan. Oleh kerana terdapat banyak wartawan penyiaran dari program televisyen arus perdana di atas kapal kami, warga Israel akan memiliki lebih peluang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ada cara lain, cara keberanian bukan ketakutan, cara harapan bukan ‘kebencian, kata Edith Lutz, salah seorang penyelenggara dan penumpang di “Perahu Yahudi” tersebut.

Wednesday, June 9, 2010

Penjajah Zionis berhasrat menghancurkan 45 perkampungan arab di wilayah Negev (النقب)

Rabu, 09/06/2010 – Badan “Kerajaan” Zionis yang disebut sebagai Jabatan Pembinaan dan skim Perumahan Zionis telah membuat persiapan untuk menghancurkan ribuan rumah Arab di wilayah Negev dalam rencananya untuk mengambil tindakan keras terhadap warga Palestin dan membina penempatan secara intensif. Perkara tersebut dilakukan atas dasar untuk melaksanakan pemindahan secara paksaan bagi penduduk, serta pembersihan etnik di wilayah Negev.

Ahli Parlimen Arab, dalam Kabinet Zionis (Knesset), Talab al-Sani`, membuat kenyataan dalam sidang media yang diterbitkan pada Isnin (06/07) bahawa Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan di bawah Kementerian Zionis telah mengadakan lawatan lapangan di perkampungan Arab di wilayah Negev, dengan beberapa penyertaan dari kontraktor-kontraktor dalam rangka mengajukan permohonan untuk tender, selepas kerajaan Zionis mengumumkan bajet kewangan untuk melaksanakan rancangan mereka terhadap wilayah Negev dengan kedatangan satu juta pendatang Zionis ke wilayah tersebut.

Al-Sani` memberi amaran bahawa tindakan provokatif Zionis itu, akan menyebabkan tercetusnya “Intifadah (pemberontakan) tanah dan perumahan,” di Negev, serta meminta agar kerajaan penjajah mempertimbangkan kembali rancangannya.

Israel serang daerah berbeza di Gaza

Rabu, 09/06/2010 – Israel telah melancarkan serangan dengan mengerahkan pesawat dan kereta kebal mereka melepaskan tembakan hari ini di beberapa kawasan yang berbeza di Semenanjug GazaSerangan ganas pesawat Zionis itu telah mengenai sekumpulan warga Palestin di bandar Jabalia, Gaza, menyebabkan beberapa orang cedera.

Ahmad salah seorang yang mengalami kecederaan telah berpindah ke Hospital Kamal Odwan di Bait Lahya, kata Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Klinik Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, kerana keadaanya semakin kritikal. Selain itu, kereta kebal Israel di Nahal Oz, pangkalan tentera Israel, menyerang pertanian di timur Gaza mensasarkan petani di sana, namun tiaada kecederaan dilaporkan.

Di Bait Hanoon, kereta kebal Israel melepaskan tembakan kea rah kumpulan pekerja di Beit Hanoon mengakibatkan seorang mengalami kecederaan iaitu Adham Al-Kfarna yang kemudiaanya dikejarkan ke Hospital Kamal Odwan untuk menerima rawatan.

Saturday, June 5, 2010

Israel Bertindak ala ' lanun '


Ahad, 06/06/2010 – Seorang aktivis Ireland yang ditahan oleh Zionis-Israel dalam operasi komando pada armada bantuan pada Isnin lalu, menuduh regim terbabit melaksanakan suatu tindakan lanun. Mereka juga menuntut Israel menghapuskan kepungan yang menimbulkan kontroversi dan membenarkan kapal MV Ireland Rachel Corrie untuk memberikan bantuan ke Gaza.

Sewaktu menceritakan saat-saat tragik Challenger 1 diserang, beliau mengatakan kapal itu dikelilingi oleh kapal yang diwarna hitam dan helikopter sebelum serangandilancarkan dalam jarak dekat dengan senjata bius dan peluru paintball bertenaga tinggi. “Saya tidak akan menyebut mereka tentera, mereka adalah pengganas,” kata aktivis berumur 36 tahun itu. “Mereka menyerang kami di perairan antarabangsa dan itu adalah tindakan jelas seperti lanun di perairan antarabangsa pada armada keamanan ..”

Shane Dillon mendarat di Lapangan Terbang Dublin pada Selasa malam dan masih memakai T-shirt hijau dan yang robek sewaktu serangan pada Isnin pagi itu, dan beliau menambah dengan nada marah bahawa tidak ada senjata yang dibawa aktivis di atas kapal tersebut. Dia meminta kerajaan Ireland untuk merujuk insiden ini kepada Pusat Laporan Rampasan (PRC) di Kuala Lumpur dan permintaan Rachel Corrie diberikan kebenaran masuk ke Gaza.

Peristiwa Mavi Marmara Membuka Mata Dunia

Sabtu, 05/06/2010 – Sewajarnya Kita menyatakan terimakasih kepada pihak pengendali dan peserta konvoi Armada Kebebasan (Freedom Flotilla). Mereka telah membangunkan lena panjang kita. Mereka mengingatkan kita tentang Semenanjung Gaza dan kekejaman Zionis dengan sekatan dan kurungan ‘penjara besar’ dalam keadaan kebanyakan kita melupakan isu ini kerana manipulasi berita selama tiga tahun sejak awal sekatan. Aksi berani peserta konvoi Kebebasan sekurang-kurangnya membongkar kebejatan sekatan yang berlaku melalui tajuk utama media di seluruh dunia. Pada ketika yang sama membongkar sikap negatif media rasmi Arab yang jelas bersekongkol menyokong sekatan terhadap Semenanjung Gaza. Merekalah yang menutup pintu masuk Semenanjung Gaza di Rafah dan memusnahkan terowong serta membina tembok besi untuk memutuskan bantuan ke wilayah tersebut.

Tindakan Arab jelas amat memalukan. Selama tiga tahun terakhir, sekatan Zionis dianggap sebagai perkara biasa yang boleh diterima dan bukan suatu yang pelik.Bahkan negara-negara Arab melihat pemberian bantuan kepada warga Semenanjung Gaza sebagai tindakan yang patut didakwa di mahkamah. Bahkan warga Palestin yang melakukan pelanggaran sekatan dianggap melakukan jenayah yang wajar dibawa ke mahkamah tentera. Sebagaimana yang dialami oleh Ustaz Majdi Husai yang terpenjara selama tiga tahun kerana memberikan sokongan dan dokongan kepada warga Palestin.

Adakah Blog Ini Membosankan..?