Tuesday, March 15, 2011

Tokyo Electric Power maklumkan tahap radiasi di loji Fukushima Daiichi semakin meningkat



PASUKAN tentera dan penyelamat mencari mangsa bencana, sementara kapal tersadai di daratan akibat ombak tsunami yang kuat melanda di Matsushima, Miyagi.
FUKUSHIMA: Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.
Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu.

Saturday, March 12, 2011

Logi Nuclear Bocor


SEBUAH kilang terbakar selepas gempa bumi dan tsunami melanda Sendai, timur laut Jepun kelmarin. Jepun mengesahkan kemusnahan di sepanjang pantai dengan banjir dan kebakaran akibat bencana itu yang mengakibatkan kira-kira 1,700 terbunuh.

Angin dikhuatiri burukkan lagi kes kebocoran Fukushima

TOKYO: Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Jepun memberi amaran, angin di loji nuklear Daiichi 1 Fukushima yang mengalami kebocoran radioaktif, bertiup dari selatan dan boleh menjejaskan kesihatan penduduk di bahagian utara negara itu.
Agensi perkhidmatan kaji cuaca itu menyatakan, arah angin mungkin berubah dalam tempoh terdekat dan dijangka bertiup dari barat menghala ke laut.

Adakah Blog Ini Membosankan..?