Thursday, December 16, 2010

Tiga Cahaya Pada Hari Kiamat


Pada hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
  • Cahaya yang pertama ialah seperti bintang-bintang .
  • Cahaya yang kedua ialah seperti cahaya bulan .
  • Cahaya yang ketiga ialah sepertu cahaya matahari .
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

" Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah orang manusia ketika di dunia ,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang
apabila terdengar azan .

Kedua ialah cahaya mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan .

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari . Mereka di dunia sudah bersiap
sedia di dalam masjid sebelum azan lagi . "

Saturday, December 11, 2010

Israel Jangka Perang Besar Ke Atas Gaza

11 Disember 2010 - Panglima Angkatan Tentera Israel telah mengisytiharkan serangan Israel yang akan datang ke atas Gaza akan dilancarkan secara 'habis-habisan', lapor sebuah siaran TV.

Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi berkata, "Pusingan berikutnya (pertempuran) akan dilancarkan secara besar-besaran dan akan berakhir di mana tidak lagi ada keraguan mengenai pihak mana yang menang." Berita Ynet memetik kata-kata Ashkenazi pada hari Rabu ketika dia berucap kepada pasukan tentera Israel yang berpengkalan di sebuah kawasan berhampiran Jalur Gaza.

Leftenan Jeneral berkenaan juga menekankan yang pihak tentera Israel telahpun bersedia untuk mengambil tindakan secara besar-besaran terhadap kawasan pesisiran pantai itu.

Ucapan Ashkenazi itu berlaku hanya beberapa hari selepas serangan udara Israel dilancarkan di beberapa buah lokasi berbeza di seluruh Gaza.

Israel telah melancarkan serangan ketenteraan secara habis-habisan ke atas Gaza pada penghujung Disember 2008 mengakibatkan lebih dari 1,400 warga Palestin terbunuh, yang sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Kawasan pesisiran pantai itu telah berada di bawah sekatan Israel yang dikuatkuasakan sejak bulan Jun 2007, setelah Hamas mengambilalih wilayah berkenaan berikutan kemenangannya dalam pilihanraya secara demokratik, mengakibatkan kesan yang mengerikan terhadap situasi kemanusiaan dan ekonomi di dalam kawasan yang terkepung itu.

Pengeboman Israel Di Gaza, Rejim Israel Menggunakan Bom Baru


11 Disember 2010 - Sumber keselamatan Palestin dan saksi, menyatakan bahawa bom yang digunakan oleh jet pejuang rejim Israel pada pagi Khamis lalu mensasarkan kawasan Timur Semenanjung Gaza, digunakan untuk pertama kalinya, ini dilihat pada jumlah dan kerosakan yang teruk.

Agensi berita mengatakan, bom yang digunakan dalam pengeboman pada kali ini adalah bom digunakan buat pertama kalinya dengan ciri-ciri merosakkan besar berbanding dengan bom yang digunakan sebelumnya.

Bom ini ditembakkan dari pesawat tentera jenis "F-16" didahului oleh bunyi siulan yang meningkat tinggi kira-kira setengah minit, kemudian diikuti dengan satu letupan besar terdengar dari seluruh bandar Gaza dan luarnya.

Kawasan sasaran sekitar satu kilometer persegi hancur teruk, termasuk beberapa buah sekolah, puluhan rumah dan pecahan peluru dari bom tersebut tersebar sehingga mengenai kawasan sejauh 500 meter dari tapak sasaran.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa rumah-rumah mereka, yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan sasaran rosak teruk seakan-akan pengeboman itu berada dekat di sampingnya.

"Semua tingkap pecah, semua serpihan bom masuk ke dalam rumah dalam saiz yang besar termasuk kerosakan pada sebuah masjid di kawasan ini", tambah mereka lagi.

Monday, December 6, 2010

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Adakah Blog Ini Membosankan..?