Saturday, December 11, 2010

Pengeboman Israel Di Gaza, Rejim Israel Menggunakan Bom Baru


11 Disember 2010 - Sumber keselamatan Palestin dan saksi, menyatakan bahawa bom yang digunakan oleh jet pejuang rejim Israel pada pagi Khamis lalu mensasarkan kawasan Timur Semenanjung Gaza, digunakan untuk pertama kalinya, ini dilihat pada jumlah dan kerosakan yang teruk.

Agensi berita mengatakan, bom yang digunakan dalam pengeboman pada kali ini adalah bom digunakan buat pertama kalinya dengan ciri-ciri merosakkan besar berbanding dengan bom yang digunakan sebelumnya.

Bom ini ditembakkan dari pesawat tentera jenis "F-16" didahului oleh bunyi siulan yang meningkat tinggi kira-kira setengah minit, kemudian diikuti dengan satu letupan besar terdengar dari seluruh bandar Gaza dan luarnya.

Kawasan sasaran sekitar satu kilometer persegi hancur teruk, termasuk beberapa buah sekolah, puluhan rumah dan pecahan peluru dari bom tersebut tersebar sehingga mengenai kawasan sejauh 500 meter dari tapak sasaran.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa rumah-rumah mereka, yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan sasaran rosak teruk seakan-akan pengeboman itu berada dekat di sampingnya.

"Semua tingkap pecah, semua serpihan bom masuk ke dalam rumah dalam saiz yang besar termasuk kerosakan pada sebuah masjid di kawasan ini", tambah mereka lagi.

No comments:

Post a Comment

Adakah Blog Ini Membosankan..?